GBP/USD WXY Correction

GBP/USD WXY Correction

Elliott Wave View jangka pendek mencadangkan rally GBPUSD dari 20 Mac menunjukkan urutan yang mungkin telah lengkap sebagai WXY Correction didalam 7

Elliott Wave View jangka pendek mencadangkan rally GBPUSD dari 20 Mac menunjukkan urutan yang mungkin telah lengkap sebagai WXY Correction didalam 7 hayunan sebagai struktur double correction(double zigzag). Dari paras harga rendah 20 Mac, gelombang (W) berakhir pada 1.1972 dan pengunduran gelombang (X) berakhir pada 1.1637. Pasangan ini telah meneruskan gelombang yang lebih tinggi (Y) dan pecah di atas gelombang (W) pada tahap 1.1972. Struktur dalaman gelombang (Y) dibentangkan sebagai ABC Running Flat dimana gelombang A berakhir pada 1.2485, gelombang B berakhir pada 1.2165, dan gelombang C berakhir pada 1.2485 yang terbentuk didalam struktur Ending Diagonal.

Pada masa ini, harga semasa dilihat telah memecah keluar dari corak Ending Diagonal dan telah menutup diluar struktur itu. Menandakan, harga berkemungkinan besar akan memulakan perjalanan untuk penurunan harga ke arah 1.0380 ataupun 3 gelombang pengunduran pasaran sekurang-kurangnya.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: