GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 07/05-11/05/2018

GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 07/05-11/05/2018

Ulasan Minggu Lalu GBPUSD ditutup rendah buat 3 minggu berturut-turut. Penyusutan ini dipacu oleh data berkala daripada London yang lemah secara ke

Ulasan Minggu Lalu

GBPUSD ditutup rendah buat 3 minggu berturut-turut. Penyusutan ini dipacu oleh data berkala daripada London yang lemah secara keseluruhannya. Sentimen belian Dolar AS yang sangat baik sejak 3 minggu lepas juga menambah momentum penyusutan GBPUSD. Minggu lepas OHLC dicatat sebagai 1.37732, 1.37913, 1.34839, 1.35253. Ini bermakna GBPUSD telah menyusut sebanyak hampir 250 pips minggu lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Khamis minggu hadapan boleh dijangkakan akan meriah daripada London. Ianya akan dimulakan dengan Manufacturing Production m/m pada jam 4.30 petang waktu Malaysia. Pada jam 7.00 malam pula BOE akan menerbitkan laporan inflasinya berserta MPC Official Bank Rate Votes, Monetary Policy Summary dan Official Bank Rate. Dalam penjelasan lain Khamis hadapan adalah Super Thursday BOE. Dijangkakan tiada perubahan kadar faedah daripada BOE namun para pelabur sudah semestinya sentiasa menantikan keputusan undian kenaikan faedah walau tiada kenaikan akan dicatatkan. Sebarang perubahan undian amat sensitif kerana BOE terkenal dengan bank pusat yang amat degil untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedahnya.

 

Dari AS, cuma terdapat 3 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan minggu depan. Iaitu PPI m/m, CPI m/m, dan Core CPI m/m. Jika sentimen yang dibawa data-data ini adalah positif, dijangkakan Dolar AS akan terus meneruskan kenaikan yang bermula 3 minggu lalu dan terus menekan GBPUSD akan terus ke bawah.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara. Setakat minggu lepas mood belian Dolar dilihat amat baik dan dijangka berterusan dan menambah tekanan untuk GBPUSD untuk terus turun.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Melihat di D1, jelas kelihatan GBPUSD telah membuat Breakout pada 1 Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah. Dijangkakan GBPUSD akan terus meneruskan perjalanan ke selatan pada minggu-minggu seterusnya selepas membuat pembetulan pasaran. Ini disokong oleh indikator Stochastics yang menunjukkan GBPUSD sedang kerana dalam posisi Overbought. Sebarang kenaikan mungkin akan singgah di SBR 1.36119, 1.37136 dan 1.38541. RBS terdahulu pula adalah di 1.34570, 1.33383 dan 1.32270.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi

 

Wallahualam…

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: