GDP China Stabil, Tapi Kenapa AUD Lemah?

GDP China Stabil, Tapi Kenapa AUD Lemah?

NBS (National Bureau of Statistic) China, pagi ini telah menerbitkan data bagi GDP (Gross Domestic Product) bagi suku ke-3 dan tahunan negara China. D

NBS (National Bureau of Statistic) China, pagi ini telah menerbitkan data bagi GDP (Gross Domestic Product) bagi suku ke-3 dan tahunan negara China. Data yang diterbitkan adalah seperti jangkaan iaitu 1.8% untuk suku ke-3 dan 6.7% untuk tahunan.

Pada masa yang sama, NBS juga menerbitkan satu lagi data iaitu Pengeluaran Industri (Tahunan) bagi bulan September 2016. Data Pengeluaran Industri kali ini jatuh sebanyak 0.2% berbanding data yang sama bagi bulan Ogos 2016.

AUD tampak sedikit melemah berbanding Dollar sejurus data dari China, gagal melepasi paras 0.76900 resistance terdekat. China yang merupakan rakan perdagangan antarabangsa terbesar Australia justeru data Pengeluaran Industri yang lemah seakan memberi petanda ekonomi yang suram kepada Australia.

Esok, satu lagi data bagi Australia akan diterbitkan, iaitu ‘Employment Change’ dan ‘Unemployment Rate’. Dua set data ini begitu penting yang mungkin menjadi faktor pemacu ke mana arah pergerakan AUD seterusnya nanti. US data juga menjadi perhatian pada malam ini, namun pada jangkaan saya pasaran akan hanya bergerak secara sideways sehingga data Australia diterbitkan esok pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: