Gergasi Kripto Binance Sekat 281 Akaun Pengguna Nigeria

Gergasi Kripto Binance Sekat 281 Akaun Pengguna Nigeria

Binance, pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia, telah menyekat akses 281 akaun peribadi pengguna dari Nigeria, dengan alasan keperluan untuk

Binance, pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia, telah menyekat akses 281 akaun peribadi pengguna dari Nigeria, dengan alasan keperluan untuk mematuhi undang-undang pengubahan wang haram antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya pada Sabtu lalu.

CEO Changpeng Zhao dalam surat kepada pelanggan Nigeria bertarikh 29 Januari berkata bahawa keputusan untuk menyekat beberapa akaun peribadi itu adalah untuk memastikan keselamatan pengguna.

Beliau juga memaklumkan lebih satu pertiga daripada akaun yang terjejas telah dihadkan atas permintaan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.

“Pada masa ini, kami telah menyelesaikan 79 kes dan masih sedang menguruskan kes-kes yang lain. Semua kes bukan penguatkuasaan undang-undang akan diselesaikan dalam masa dua minggu,” kata Changpeng Zhao.

Walaupun terdapat larangan daripada bank pusat, warga Nigeria terus beralih kepada kripto untuk perniagaan, untuk melindungi simpanan mereka kerana mata wang naira kehilangan nilai.

Malah mereka juga menggunakannya mata wang ini untuk menghantar pembayaran ke luar negara kerana kesukaran untuk mendapatkan dolar AS secara domestik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: