micron-penang

Gergasi semikonduktor Micron Akan Melabur Sehingga AS$15b Di Idaho AS

Gergasi semikonduktor Micron mengumumkan bahawa mereka akan melabur sebanyak AS$15 bilion untuk 10 tahun ke hadapan bagi mengembangkan operasinya di Idaho AS dalam pembinaan kapasiti memori automotif dan sektor-sektor yang lain.

Rancangan yang merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan global Micron sehingga AS$150 bilion itu akan mewujudkan 17,000 pekerjaan baharu, kata syarikat itu.

Inisiatif yang dikenali sebagai “pelaburan swasta terbesar pernah dilakukan di Idaho” itu adalah janji yang telah dikemukan Micron pada bulan lalu untuk melabur sebanyak AS$40 bilion dalam “pembuatan memori terkemuka” di AS.

Projek itu juga akan meraih manfaat daripada akta Cip dan Sains untuk meningkatan pengeluaran cip mikro dengan peruntukan sehingga AS$52 bilion, yang telah ditandatangani oleh Presiden Biden pada 9 Ogos lalu.

“Pengumuman oleh Micron hari ini adalah satu lagi kemenangan besar bagi Amerika,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Ucapan Biden itu juga turut menyorot rancangan pengembangan operasi kilang yang diumumkan oleh gergasi-gergasi dalam sektor pembuatan seperti Toyota, Honda, First Solar dan Corning.

“Pada masa depan kami, kami akan membuat (kenderaan elektrik), cip, gentian optik dan komponen kritikal lain di sini di Amerika, dan kami akan membina ekonomi dari bawah ke atas dan tengah,” kata Biden.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *