Goldman: Prospek Bullish Pasaran Minyak Tidak Akan Terkesan Dengan Keputusan Pilihan Raya AS

Goldman: Prospek Bullish Pasaran Minyak Tidak Akan Terkesan Dengan Keputusan Pilihan Raya AS

Goldman Sachs pada hari ini berkata hasil keputusan pilihan raya AS kali ini tidak akan memberi kesan kepada prospek bullish pasaran minyak dan gas a

Goldman Sachs pada hari ini berkata hasil keputusan pilihan raya AS kali ini tidak akan memberi kesan kepada prospek bullish pasaran minyak dan gas asli, malah kemenangan parti Demokratik juga dilihat berpotensi menjadi pemangkin positif terhadap sektor tersebut.

“Kenaikan harga minyak baru-baru ini, mengukuh ketika harapan bagi mendapatkan rangsangan semakin tinggi dan melemahnya dolar, mengisyaratkan bahawa kemenangan Biden dan gelombang ‘biru’ berkemungkinan dapat menjadi katalis kepada kenaikkan harga minyak,” jelas Goldman.

Tinjauan pendapat menunjukkan calon presiden Joe Biden sedang mengatasi Presiden Donal Trump di peringkat nasional.

Goldman juga menyebutkan bahawa halangan terhadap pengeluaran minyak dan gas akan meningkat di bawah pentadbiran Biden berikutan peraturan-peraturan baru yang akan dilaksanakan bakal menaikkan harga bagi pengeluaran minyak syal serta mengurangkan pencarian sumber baru.

Keutamaan Biden kepada isu iklim juga menunjukkan kepada penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih cepat daripada jangkaan, di mana agenda tersebut memerlukan kepada infrastruktur yang baru, termasuk ransangan awal fiskal yang lebih besar.

Senario ini akan mengarahkan kepada permintaan minyak yang lebih tinggi beberapa tahun kedepan, tambah Goldman.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: