Goldman Sachs: Minyak Brent Mampu Naik Hingga AS$75 Setong Pada Suku Ketiga

Goldman Sachs: Minyak Brent Mampu Naik Hingga AS$75 Setong Pada Suku Ketiga

Peningkatan harga minyak mentah dijangka akan berlaku lebih pantas dan tinggi dipacu oleh pemulihan permintaan tenaga dunia yang akan mengatasi jumla

Peningkatan harga minyak mentah dijangka akan berlaku lebih pantas dan tinggi dipacu oleh pemulihan permintaan tenaga dunia yang akan mengatasi jumlah bekalan yang diperoleh daripada OPEC+, Iran dan minyak syal.

Menurut Goldman Sach, paras permintaan dijangka kembali ke paras pra-wabak pada akhir Julai, manakala output daripada pengeluar utama pula sangat berpotensi untuk tidak berubah akibat peningkatan harga tersebut.

Goldman menaikkan unjuran harga minyak mentah Brent sebanyak AS$10 kepada AS$70 setong pada suku kedua, sebelum melonjak ke paras AS$75 pada tiga bulan berikutnya.

“Pengimbangan semula yang lebih cepat ditengah-tengah kegelapan musim sejuk akan disusuli dengan defisit yang lebih besar pada musim bunga”, jelas penganalisis Goldman, Damien Courvalin di dalam notanya.

Hal ini kerana permintaan dijangka akan terus ketinggalan di belakang permintaan akibat kadar penyusutan stok global yang tinggi walaupun OPEC+ menaikkan pengeluaran mereka.

Selain prospek permintaan yang semakin baik, pemotongan output yang lebih besar oleh Arab Saudi secara sendirian juga menjadi faktor memandu peningkatan harga minyak ke paras sebelum ekonomi global dilanda krisis Covid-19.

Kenaikan itu juga disokong oleh tindakan para pelabur menjadikan kedudukan minyak mentah sebagai cerminan kepada persekitaran, kata Goldman.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: