Google Alphabet Inc akan mula membuat komputer riba model Chromebook di India, yang t erbaru dalam kalangan syarikat teknologi global untuk mengembangkan pemasangan dalam pasaran pertumbuhan utama.
Ketua pegawai eksekutif Alphabet Sundar Pichai pada hari Isnin di X (Twitter), Google bekerjasama dengan HP Inc untuk mengeluarkan Chromebook di negara Asia Selatan
Langkah itu akan membantu Google meningkatkan bekalan di India dan bersaing dengan lebih berkesan dengan komputer bersistem pengoperasian Windows daripada syarikat seperti Dell Technologies Inc dan Asustek Computer Inc.
Ia juga dilihat sebagai satu lagi kejayaan untuk pelan insentif Perdana Menteri India, Narendra Modi bernilai AS$2 bilion (RM9.36 bilion) untuk menjadikan India sebagai pangkalan pengeluaran bagi gergasi-gergasi teknologi.
Negara dengan 1.4 bilion penduduk itu telah mengembangkan sektor pembuatan elektroniknya ketika syarikat-syarikat mempelbagaikan pengeluaran di luar China ditengah-tengah ketegangan Washington-Beijing.
Syarikat pembuatan tempatan akan membantu Google mengekalkan bekalan berterusan di India dan mengelakkan sebarang kemungkinan sekatan ke atas import.
Chromebook biasanya berharga di bahagian bawah pasaran dan mempunyai margin keuntungan yang tipis, menjadikannya sensitif terhadap sebarang pelaksanaan tarif.
Bloomberg melaporkan bahawa India melonggarkan sekatan yang dirancang ke atas pengimportan komputer riba, tablet dan perkakasan IT lain, memberikan lebih banyak masa kepada pengilang untuk bersedia menghadapi kemungkinan sekatan.