Google Labur AS$1 Bilion Untuk Tingkatkan Capaian Internet Di Afrika

Google Labur AS$1 Bilion Untuk Tingkatkan Capaian Internet Di Afrika

Google pada Selasa mengumumkan bahawa mereka akan melabur AS$1 bilion bagi meningkatkan capaian internet dan syarikat pemula di Afrika. Keputusan

Google pada Selasa mengumumkan bahawa mereka akan melabur AS$1 bilion bagi meningkatkan capaian internet dan syarikat pemula di Afrika.

Keputusan itu dibuat selari dengan usaha gergasi teknologi itu mensasarkan pasaran golongan muda di Afrika yang semakin lengkap dengan penggunaan peranti pintar.

Dalam tempoh lima tahun, pelaburan yang dilakukan adalah termasuk mendanai kabel bawah laut Equiano milik Google, sebuah projek infrastruktur swasta yang bertujuan menguatkan sambungan berkelajuan tinggi di Afrika.

“Apabila anda memikirkan misi kami sebagai sebuah syarikat, kami berbicara tentang mengatur maklumat dunia dan menjadikannya dapat diakses dan berguna secara universal,” kata ketua Google Afrika, Nitin Gajria.

“Kami tidak boleh katakan sebagai ‘universal’ dalam misi kami jika tidak dapat berkhidmat kepada 1.3 bilion penduduk di Afrika dengan berkesan,” tambah beliau.

Gajria mengatakan bahawa Afrika mempunyai “300 juta orang dalam talian hari ini dan 300 juta lagi dijangka akan berada dalam talian dalam tempoh lima tahun akan datang”.

“Ianya sangat menarik, dari segi perkembangan landskap teknologi yang berterusan,” ujarnya.

Menurut Bank Dunia, kredibiliti internet merupakan satu masalah di Afrika di mana kurang dari satu pertiga penduduk terhubung dengan jalur lebar.

Namun hampir separuh penduduk di benua itu berusia di bawah 18 tahun, menjadikannya pasaran yang sangat berpotensi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: