Google & Lazada Umum Kerjasama, Tawar Kurus Latihan Percuma Kepada Peniaga Online

Google & Lazada Umum Kerjasama, Tawar Kurus Latihan Percuma Kepada Peniaga Online

Google dan Lazada pada hari Isnin mengumumkan kerjasama untuk menawarkan kursus latihan percuma kepada para peniaga online bagi melengkapkan mereka d

Google dan Lazada pada hari Isnin mengumumkan kerjasama untuk menawarkan kursus latihan percuma kepada para peniaga online bagi melengkapkan mereka dengan kemaharian digital dan membantu mengembangkan perniagaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Google berkata kerjasama tersebut bertujuan untuk memberi lebih banyak sumber pendidikan kepada para peruncit untuk mengukuhkan kewujudkan mereka di dalam talian.

Pengarah Google Singapura, Ben King berkata bahawa mereka komited untuk melatih lebih tiga juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara dengan kemahiran digital.

“E-commerce telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian bagi berjuta-juta penduduk di Asia Tenggara, dan dengan lebih ramai membeli-belah dari rumah, kami ingin memperkasakan peniaga-peniaga kecil dengan kemahiran untuk mereka terus berkembang dalam persekitaran ini,” kata beliau.

Kursus pendek dalam talian yang disediakan oleh Universiti Lazada secara percuma, serta kursus mini interaktif melalui aplikasi Google Primer ini dapat diakses melalui laman ‘Grow with Google’.

Aplikasi ini juga akan membolehkan para peniaga Lazada mengakses kandungan yang dibuat bersama secara langsung di portal Universiti Lazada dengan kurikulum yang sesuai bagi setiap negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: