Great Britain Pound, Pilihanraya UK & Serangan Kota London

Great Britain Pound, Pilihanraya UK & Serangan Kota London

Bumi berdaulat 'Union Jack' gegak gempita, tanah air naungan Permaisuri Elizabeth II dinodai dengan serangan berdarah sekali lagi hanya beberapa hari

Bumi berdaulat ‘Union Jack’ gegak gempita, tanah air naungan Permaisuri Elizabeth II dinodai dengan serangan berdarah sekali lagi hanya beberapa hari lagi sebelum Pilihanraya bakal diadakan. 7 orang diberitakan maut manakala ramai lain cedera susulan kejadian tersebut.

Pound sangat berisiko pada ketika ini, ketiadaan data berkala yang berimpak tinggi untuk menggerakkan matawang itu, tumpuan mungkin sahaja terus terarah kepada keputusan selepas Pilihanraya nanti. Kejadian serangan di London juga telah memberi impak apabila berlakunya ‘gapped down’ pada pembukaan pasaran pada hari ini pagi tadi.

Pasaran sudahpun hampir 100% ‘priced in’ untuk kemenangan berpihak pada Theresa May, sekaligus memberikan mandat baharu kepada beliau dan membantu kelancaran proses rundingan Brexit seterusnya nanti. Namun jika sebaliknya berlaku, kemungkinan besar Pound akan dijual secara besar-besaran. Dan Jika May memenangi Pilihanraya kali ini dengan majoriti yang lebih kecil, berkemungkinan penjualan Pound boleh juga berlaku.

Pasca Pilihanraya, Walau dengan kemenangan May, kenaikan Pound dilihat sedikit terhad dan bergantung secara terus dengan prestasi data berkala ekonomi UK dan perkembangan rundingan antara delegasi Brexit dan Kesatuan Eropah. Antara terbitan data yang menjadi tumpuan adalah jangkaan inflasi pengguna.

Oleh kerana data ini adalah unjuran kepada tempoh 12 bulan kehadapan, ia adalah indikasi yang teramat penting bagi menentukan arah pergerakan Pound; samada terus meningkat atau menjadi terhad dan kemudian melemah.

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: