Greenback Mengukuh, Xi Jinping Sedia Membalas Serangan Trump

Greenback Mengukuh, Xi Jinping Sedia Membalas Serangan Trump

Pasaran Wall Street terganggu dengan prospek bahawa AS akan menyekat syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 25% saham daripada China untuk membeli

Pasaran Wall Street terganggu dengan prospek bahawa AS akan menyekat syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 25% saham daripada China untuk membeli perniagaan yang memiliki teknologi asas tertentu.

Penasihat tertinggi perdagangan Presiden Trump, Peter Navarro walau bagaimanapun menegaskan pada hari Isnin lalu bahawa sekatan pelaburan asing ini hanya dikenakan ke atas China.

Kenyataan ini sekali gus mengurangkan kebimbangan pelabur bahawa pentadbiran Trump sedang dalam rangka melaksanakan sekatan ke atas sebahagian besar pelaburan asing untuk masuk ke dalam firma AS yang berasaskan teknologi.

Navarro turut mengatakan bahawa pasaran tersilap dalam memahami laporan tersebut dan menjelaskan bahawa pelabur perlu melihat usaha Amerika melindungi hasil eksport dalam memajukan ekonomi.

Sementara itu, Presiden China Xi Jinping berkata beliau tidak teragak-agak untuk membalas semula tindakan AS kerana ianya adalah salah satu budaya negara China.

Kebimbangan pelabur terhadap dasar dagangan AS yang semakin pudar telah meningkatkan semula permintaan USD pada hari Selasa.

Indeks USD yang mengukur kekuatan dollar berbanding enam matawang lain keluar daripada paras terendah 14 Jun lalu, naik 0.26% kepada 94.14 setakat jam 7.00 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: