Had harga G7 bagi minyak laut Rusia berkuatkuasa hari ini ketika Barat cuba mengehadkan keupayaan Moscow untuk membiayai perangnya di Ukraine. Bag
Had harga G7 bagi minyak laut Rusia berkuatkuasa hari ini ketika Barat cuba mengehadkan keupayaan Moscow untuk membiayai perangnya di Ukraine.
Bagaimanapun, Rusia berkata ia tidak akan mematuhi langkah itu walaupun terpaksa mengurangkan pengeluaran.
Pelaksanakan had harga yang akan dikuatkuasakan oleh G7, Kesatuan Eropah dan Australia itu muncul selepas sekatan EU, AS, Kanada, Jepun dan UK terhadap import minyak mentah Rusia melalui laut.
Penetapan had harga ini hanya akan membenarkan penghantaran minyak Rusia ke negara pihak ketiga melalui kapal syarikat insurans dan institusi kredit dari G7 atau EU yang membeli minyak dibawah harga tersebut.
Oleh kerana firma perkapalan dan insurans utama dunia berpangkalan di negara G7, had itu boleh menyukarkan Moscow untuk menjual minyaknya pada harga yang lebih tinggi.
Rusia, pengeksport minyak kedua terbesar di dunia, berkata semalam ia tidak akan mematuhi had harga yang tertakluk dalam keputusan itu walaupun terpaksa mengurangkan pengeluaran.
Menjual minyak dan gas ke Eropah telah menjadi salah satu sumber utama pendapatan mata wang asing Rusia mula menemui minyak dan gas di paya Siberia dalam beberapa dekad selepas Perang Dunia Kedua.
Reuters melaporkan bahawa satu ketetapan sedang rangka bagi melarang syarikat dan peniaga Rusia daripada berinteraksi dengan negara dan syarikat yang berpandukan had itu.
Pada dasarnya, ketetapan sedemikian akan mengharamkan eksport minyak dan produk petroleum ke negara dan syarikat yang menggunakannya.
COMMENTS