Harapan Brexit & Kelemahan USD Dorong Pengukuhan Pound

Harapan Brexit & Kelemahan USD Dorong Pengukuhan Pound

Pound sterling di bantu oleh kelemahan dolar dan harapan UK sempat mengikat sebuah perjanjian pasca Brexit bersama Kesatuan Eropah sebelum tamat temp

Pound sterling di bantu oleh kelemahan dolar dan harapan UK sempat mengikat sebuah perjanjian pasca Brexit bersama Kesatuan Eropah sebelum tamat tempoh peralihan pada 31 Disember.

Harapan tersebut bukan sahaja diperkuatkan dengan ulasan positif daripada para pegawai British, malah juga dengan pengumuman untuk mengeluarkan Dominic Cummings daripada kerajaan.

Dominic Cummings merupakan salah seorang arkitek utama dalam projek Brexit dan penasihat kepada PM Johnson yang cenderung ke arah peralihan tanpa perjanjian.

“Jika kita mendapat lebih banyak perkembangan yang positif mengenai perjanjian dan kembalinya risk-on ke dalam pasaran, presati pound dijangka lebih baik berbanding safe haven, seperti dolar AS, yen Jepun, dan franc Swiss”, jelas ketua penganalisis pasaran JFD Group, Charalambos Pissouros.

Sehingga jam 11 malam, pound didagang 0.4% lebih tinggi berbanding USD sekitar 1.3289, mendatar dan neutral berbanding euro dan yen.

Timbalan Gabenor BoE Dave Ramsden dalam satu kenyataan semalam berkata berita positif tentang vaksin Covid-19 berkemungkinan dapat mengurangkan risiko yang sedang di hadapi ekonomi.

Namun begitu, bank pusat dijangka tidak akan membuat sebarang semakan semula terhadap unjuran ketika ini, ujar beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: