Harapan Melihat Konflik Perdagangan Berakhir Membenam Harga Emas Di Bawah $1,500

Harapan Melihat Konflik Perdagangan Berakhir Membenam Harga Emas Di Bawah $1,500

Harga emas kekal di bawah $1,500 walaupun memaparkan peningkatan kecil pada sesi dagangan Asia hari Isnin selepas instrumen safe haven dilepaskan pad

Harga emas kekal di bawah $1,500 walaupun memaparkan peningkatan kecil pada sesi dagangan Asia hari Isnin selepas instrumen safe haven dilepaskan pada saat-saat terakhir penutupan pasaran minggu lalu.

Logam berharga emas berhadapan penjualan yang besar selepas Trump mengumumkan bahawa China telah bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian fasa pertama yang dikemukakan dimana turut memasukkan penangguhan penambahan tarif pada bulan Oktober.

China dilaporkan bersetuju untuk menambah pembelian antara $40 sehingga $50 billion ke atas barangan import pertanian daripada AS dan kedua-dua negara dijangka menandatangani perjanjian bertulis secara rasmi pada pertengahan bulan November.

Harapan untuk melihat konflik perdagangan berakhir telah mengubah sentimen para pelabur sehinggga meningkatkan pembelian aset-aset berisiko sementara menyusutkan permintaan safe haven seperti emas dan matawang yen.

Selain itu, perkembangan positif daripada isu Brexit turut mengukuhkan lagi sentimen risk-on di dalam pasaran dan dibuktikan menerusi peningkatan yang signifikan pada saham ekuiti global.

Kontrak futures emas di Comex NYMEX jatuh hampir $30 daripada $1,508 kepada $1,478 selepas pengumuman tersebut dikeluarkan pada hari Jumaat yang lepas dan sehingga jam 2 petang, emas didagang sekitar $1,491.65 per auns.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: