Harapan Melihat Perubahan Data Pekerjaan Yang Signfikan Membuka Ruang Untuk CAD Terus Mengukuh

Harapan Melihat Perubahan Data Pekerjaan Yang Signfikan Membuka Ruang Untuk CAD Terus Mengukuh

Ekonomi Kanada berhadapan kehilangan pekerjaan yang besar pada bulan Jun dan Julai yang lalu sebelum mengejutkan pasaran dengan lonjakan penambahan 8

Ekonomi Kanada berhadapan kehilangan pekerjaan yang besar pada bulan Jun dan Julai yang lalu sebelum mengejutkan pasaran dengan lonjakan penambahan 81,000 orang pada bulan Ogos.

Fakta-fakta ini walaupun kebiasaannya tidak akan berulang dengan sendiri, namun tetap memberi isyarat yang sama terhadap pembentukkan outlook sektor pekerjaan di Kanada.

Sebagaimana yang berlaku pada bulan November, Kanada sekali lagi melaporkan penyusutan sebanyak 71,200 pekerjaan dan dijangka pulih dengan penambahan kecil sekitar 20,000 pekerjaan pada bulan Disember.

Dolar Kanada (CAD) berada pada kedudukan yang baik menjelang laporan tersebut sementara pembunuhan pegawai tertinggi Iran General Qassem Suleimani oleh AS lebih memberi kesan kepada matawang komoditi yang lain seperti Aussie dan Kiwi sementara Loonie terselamat dengan lonjakan harga minyak.

Data NFP juga akan dikeluarkan pada waktu dah hari yang sama (Jumaat), namun reaksi pasaran terhadap angka pekerjaan AS cenderung untuk bergerak dengan volatiliti yang tinggi serta tanpa arah yang jelas.

Oleh itu untuk berdagang dengan data Kanada yang lebih jelas, CAD dan matawang lain seperti EUR, GBP dan JPY dilihat pilihan yang lebih tepat.

Tiga senario dijangkakan. Pertama penambahan jumlah pekerjaan yang lebih baik sehingga membuka raung untuk CAD meningkat dan meneruskan trend menaik.

Kedua, tiada reaksi yang signifikan jika data pekerjaan berada sekitar jangkaan, namun bias masih positif dan fokus beralih kepada pertumbuhan pendapatan bulan November yang akan dikeluarkan pada 21 Januari.

Ketiga data berada di bawah jangkaan dan merekodkan penurunan tiga bulan berturut-turut.

Situasi ini akan melemahkan CAD berbanding matawang utama yang lain, bahkan berpotensi didagang lebih rendah berbanding USD walaupun dengan data NFP yang lemah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: