Harapan Pemulihan Permintaan Global Minyak Berdepan Ancaman, Harga Jatuh Dua Hari Berturut-turut

Harapan Pemulihan Permintaan Global Minyak Berdepan Ancaman, Harga Jatuh Dua Hari Berturut-turut

Harga minyak terus mengalami penyusutan dua hari berturut-turut berikutan situasi pemulihan permintaan global minyak mentah yang tidak jelas selepas

Harga minyak terus mengalami penyusutan dua hari berturut-turut berikutan situasi pemulihan permintaan global minyak mentah yang tidak jelas selepas data import minyak China jatuh pada Mei.

Setakat jam 11.50 pagi, kontrak hadapan minyak Brent susut 0.9% atau 65 sen kepada $70.85 setong sementara minyak WTI jatuh 0.85% atau 60 sen kepada $68.84 setong. Kedua-dua kontrak ini masing-masing telah merosot lebih 6 peratus.

“Import minyak China pada paras terendah lima bulan … keadaan cenderung untuk mengesahkan kelemahan di pasaran Asia,” kata Bob Yawger, pengarah niaga hadapan tenaga di Mizhuo Securities.

Import minyak mentah China turun 14.6% pada bulan Mei daripada paras tertinggi tahun sebelumnya, dengan ketibaan harian pada tahap terendah tahun ini akibat penyelenggaraan di kilang penapisan menghadkan permintaan untuk pembelian minyak.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, harga minyak mentah telah meningkat dengan Brent naik hampir 40% tahun ini dan WTI meningkat lebih daripada itu, di tengah jangkaan permintaan minyak akan kembali di sebahagian negara yang berjaya dalam program vaksinasi COVID-19.

Kenaikan harga turut disokong oleh kekangan pada bekalan minyak OPEC dan sekutu mereka.

Namun begitu, selain China, pengimport minyak utama seperti India yang telah mengalami gelombang jangkitan mengancam harapan pemulihan permintaan global pada separuh kedua tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: