goldemas2

Harapan ‘Rate Cut’ Fed Dorong Harga Emas Catat Rekod Tertinggi Baharu

Emas meningkat kepada rekod baharu melebihi AS$2,200 semalam sebelum stabil di zon tertinggi berikutan para pelabur mengalu-alukan isyarat daripada Federal Reserve bahawa mereka akan mengurangkan kadar faedah tiga kali tahun ini.

Pasaran ekuiti di New York dan seluruh Asia melonjak dan dolar berundur sebagai reaksi kepada unjuran bank pusat AS itu bahawa ia akan mula melonggarkan dasar monetari tahun ini walaupun data terkini menunjukkan inflasi meningkat pada Januari dan Februari.

Para peniaga emas turut bersama dalam pembelian untuk melonjakkan logam berharga itu ke paras tertinggi AS$2,220 per auns, satu peningkatan menyaksikan harga melonjak hampir 12 peratus sejak pertengahan Februari.

Peningkatan turut dibantu oleh dolar yang lebih lemah dan tarikan emas sebagai aset paling selamat apabila ketegangan geopolitik meningkat.

Oleh kerana emas merupakan logam yang tidak menjana sebarang faedah, ia dilihat akan manfaat apabila bank pusat menurunkan kos pinjaman kerana status safe haven menjadikannya lebih menarik kepada pelabur.

“Apa yang kami lihat semalam adalah lampu hijau yang jelas bagi para pedagang emas untuk kembali masuk,” kata Chris Weston dari Kumpulan Pepperstone.

“Fed (telah) berkata bahawa pada masa ini mereka bertolak ansur dengan inflasi yang kita lihat, mereka bertolak ansur bahawa kekuatan pasaran buruh tidak akan menjadi penghalang,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *