Harapan Vaksin VS Lonjakan Kes Jangkitan Covid-19 Di Seluruh Dunia

Harapan Vaksin VS Lonjakan Kes Jangkitan Covid-19 Di Seluruh Dunia

Para pelabur optimis dengan outlook ekonomi global dengan perkembangan positif vaksin oleh Pfizer dan beberapa syarikat pembuat vaksin lain yang dila

Para pelabur optimis dengan outlook ekonomi global dengan perkembangan positif vaksin oleh Pfizer dan beberapa syarikat pembuat vaksin lain yang dilaporkan pada awal minggu lalu.

Kemajuan ini telah memicu lonjakan saham-saham tenaga, bank, industri dan juga saham teknologi yang dilihat memperoleh manfaat dari suasana bekerja di rumah.

Walau bagaimanapun, para pegawai Fed melihat keyakinan tersebut agak berlebihan di tengah-tengah peningkatan kes jangkitan virus yang berisiko menambah kerosakan ke atas ekonomi tanpa pakej ransangan ekonomi yang baru.

AS telah merekodkan lonjakan kes jangkitan empat hari berturut-turut dengan lebih 177,000 orang disahkan positif pada hari Jumaat lalu dan jumlah pesakit di hosptial meningkat ke rekod tertinggi sekitar 68,411 orang.

Angka-angka ini meningkatkan prospek untuk AS memperkenalkan sekatan pergerakan yang lebih ketat.

Dinamik antara harapan vaksin dan kes jangkitan akan terus memandu sentimen pasaran matawang dan saham dengan fokus utama tertumpu kepada ucapan-ucapan yang akan dikeluarkan oleh para pegawai bank pusat Fed dan ECB sepanjang minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: