Hard Brexit? Soft Brexit? Apa tu?

Hard Brexit? Soft Brexit? Apa tu?

Ramai sudah mengetahui apa itu Brexit. Sejak Referendum Brexit oleh warga UK, Pound telah susut nilai berbanding semua mata wang dunia termasuk berban

Ramai sudah mengetahui apa itu Brexit. Sejak Referendum Brexit oleh warga UK, Pound telah susut nilai berbanding semua mata wang dunia termasuk berbanding Ringgit Malaysia kita. Secara purata nilai Pound Sterling sudah susut nilai sehingga 20% daripada tarikh referendum Brexit iaitu 23 Jun 2016

 

Tetapi apa pula Hard Brexit? Soft Brexit pula? Tidak faham? Teruskan membaca.

 

Hard Brexit sebenarnya merujuk kepada UK melepaskan sepenuhnya akses kepada pasaran tunggal Kesatuan Eropah, EU secara total bagi mendapatkan kawalan sepenuhnya ke atas bajet sendiri, membuat undang-undang sendiri, dan yang paling penting mengawal aspek imigresen sendiri. Jika ini berlaku, pemimpin UK akan berada dalam tekanan yang besar bagi membuat perjanjian dagangan baru dengan EU. Jika tidak, syarikat-syarikat yang beroperasi di UK akan tertakluk kepada peraturan standard Pertubuhan Dagangan Dunia, WTO yang akan mengenakan tarif kepada mereka. Bank-bank juga akan kehilangan akses mudah pasaran EU yang mereka nikmati sekarang

 

Sementara itu, Soft Brexit pula membawa maksud UK mengekalkan beberapa tarif akses bebas pasaran tunggal EU yang sebesar 450 juta pengguna. Soft Brexit tidak datang dengan percuma, kerana UK perlu juga menyumbang sedikit kepada bajet EU, melonggarkan sedikit Undang-undang imigresen bagi pergerakan buruh keluar masuk UK dan terpaksa menuruti beberapa peraturan EU. Ini merupakan alternatif kepada Hard Brexit seperti yang diamalkan oleh Norway, Switzerland, dan Iceland yang merupakan ahli Kawasan Ekonomi Eropah dan bukannya menganggotai EU.

 

Mengapa penting kepada kita untuk tahu? Sebagai pedagang mata wang, kita boleh menjangkakan ke mana arah tuju jangka sederhana dan jangka panjang pasangan mata wang Pound Sterling. Selagi isu Brexit ini tidak selesai, selagi itulah ketidaktentuan nilai Pound akan berterusan. Walaupun laporan data berkala makroekonomi menunjukkan momentum pemulihan ekonomi UK, ianya masih tidak dapat meredakan sentimen kebimbangan Hard Brexit. Sama ada Soft atau Hard Brexit, dapat menentukan hala tuju nilai Pound di masa hadapan.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: