Harga ¥108.70 USD/JPY Akan Diuji Menjelang Laporan NFP?

Harga ¥108.70 USD/JPY Akan Diuji Menjelang Laporan NFP?

Bulls kembali menguasai USD/JPY, menolak pasangan matawang ini melepasi paras 108 pada hari Jumaat namun kedudukan harga saham AS yang tidak menentu t

Bulls kembali menguasai USD/JPY, menolak pasangan matawang ini melepasi paras 108 pada hari Jumaat namun kedudukan harga saham AS yang tidak menentu telah menyebabkan dollar masih belum menemui tapak yang kukuh untuk dipijak.

Selain itu, kelemahan data ekonomi AS serta kejatuhan hasil bon 10-tahun AS turut menekan dollar pada hari Khamis dan meningkatkan aliran masuk yen sebagai pilihan matawang safe haven.

Walau bagaimanpaun, dollar mendapat sokongan untuk jangka masa pendek apabila terdapat laporan yang mengatakan bahawa dewan Rakyat AS telah meluluskan rang belanjawan tanpa memasukkan permohonan dana pembinaan tembok sempadan.

Kongres telah meluluskan pembiayaan lapan daripada sembilan jabatan sehingga 30 September hadapan dan dijangka akan menamatkan penutupan sebahagian agensi kerajaan yang telah berlanjutan sejak 22 Disember lalu.

Rang yang baru ini turut meluluskan pembiayaan sebanyak $1.3 billion ke atas keselamatan di sempadan namun tidak termasuk dana pembinaan tembok sepanjang sempadan Mexico yang dipohon oleh Trump.

Tindakan di atas dilihat telah  memberi Kongres dan White House ruaang untuk menyelesaikan konflik berkaitan pembinaan tembok di sepanjang sempadan Mexico.

Secara teknikal, ahli ekonomi cenderung untuk menjual pada setiap peningkatan jangka masa pendek USD/JPY dan menjadikan paras 108.70 sebagai garisan resistance psikologi yang akan menghadkan kenaikan menjelang laporan NFP.

Hal ini kerana pasangan matawang ini masih berada di bawah 111.40 dan dengan berlatar belakangkan risiko penjualan berterusan saham ekuiti akan terus menekan sentimen pasaran.

Resistance terhampir kini dilihat berada pada harga 108.70 dan 109.70 sementara support pula berada di paras 108.10 dan 107.55. Harga 105.00 pula dijangka menjadi support paling kuat untuk menahan USD/JPY daripada terus terbenam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: