Harga ($40) WTI & ($50) Brent Menjadi ‘Support’ Paling Penting Bagi Pembeli Minyak

Harga ($40) WTI & ($50) Brent Menjadi ‘Support’ Paling Penting Bagi Pembeli Minyak

Penjualan pasaran minyak mentah WTI dan Brent kedua-duanya kerugian hampir 7% pada hari Isnin sebelum pasaran ditutup sempena sambutan hari Krismas.

Penjualan pasaran minyak mentah WTI dan Brent kedua-duanya kerugian hampir 7% pada hari Isnin sebelum pasaran ditutup sempena sambutan hari Krismas.

Harga minyak WTI menjunam ke paras terendah 18-bulan, didagang di atas zon support $42.00 yang menjadi garisan sokongan terakhir untuk harga kekal di atas $40

Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarbangsa pula jatuh ke paras $50.47 per tong, harga terendah sejak Ogos 2017 yang lalu.

Kedua-dua pasaran utama di atas telah kerugian melebihi $30 daripada paras tertinggi yang direkodkan pada bulan Oktober lepas.

Ahli ekonomi melihat ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh penutupan kerajaan AS dan kebimbangan akan berlakunya kemelesetan di peringkat global telah memberi impak yang buruk kepada pasaran minyak.

Walaupun OPEC dan Rusia berjanji untuk menghadkan pengeluran mereka pada pertemuan awal Disember yang lalu, namun prospek tersebut dilihat tidak dapat mengubah sentimen negatif para pelabur.

Mentari Tenaga Arab Saudi Suhail al-Mazrouei berkata, jika perjanjian ini tidak dapat mengimbangkan pasaran, satu pertemuan dan perbincangan yang baru akan diadakan.

Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak pula berkata harga minyak akan kembali stabil di pertengahan pertama tahun 2019, disokong oleh pemotongan pengeluaran minyak mereka.

Secara teknikal, ahli ekonomi melihat harga $50 menjadi paras support psikologi bagi Brent manakala $40 support paling penting bagi ‘buyer’ WTI mempertahankan trend bullish jangka masa panjang.

Di Wall Street pula, saham S&P 500 di tutup di zon ‘bearish’ berikutan pertelingkahan yang sedang melanda White House dan Federal Reserve.

Pemulihan kedua-dua pasaran minyak dan ekuiti diperlukan bagi mengembalikan keyakinan para pelabur terhadap usaha OPEC dan Rusia memotong pengeluaran mereka mengurangkan lebihan bekalan.

Memasuki hari Rabu, dengan pemulihan pasaran futures, permintaan terhadap pasaran minyak  juga dilihat semakin meningkat.

Sehingga jam 5.50 petang, harga minyak WTI berjaya keluar daripada paras terendah tahunan, didagang sekitar $43.20 setong sementara Brent pula didagang sekitar $51.16 per tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: