Harga Brent Berundur Daripada Paras Tertinggi 4 Tahun

Harga Brent Berundur Daripada Paras Tertinggi 4 Tahun

Harga Brent berundur daripada paras tertinggi empat tahun yang berjaya dicapai pada hari Selasa yang lalu. Pasaran niaga hadapan minyak Brent ICE L

Harga Brent berundur daripada paras tertinggi empat tahun yang berjaya dicapai pada hari Selasa yang lalu.

Pasaran niaga hadapan minyak Brent ICE London susut 0.25% kepada $81.06 setong, jatuh daripada harga $82.55, paras tertinggi sejak November 2014.

Minyak mentah WTI pula jatuh sebanyak 0.24% kepada $72.11, berundur daripada paras tertinggi $72.75 setakat jam 6.40 petang.

Di dalam Perhimpunan Agung PBB semalam, Trump mengkritik OPEC dengan mengatakan ahli mereka seperti ‘biasa’ mengeksploitasi pasaran seluruh dunia.

Beliau turut menjelaskan bahawa AS tidak akan lagi berdiam diri berhadapan dengan harga yang disifatkan begitu teruk.

Jabatan Pentadbiran Informasi Tenaga (EIA) AS akan menerbitkan data bekalan mingguan pada jam 10.30 malam.

Institut Petroleum Amerika (API) pada hari Selasa mengejutkan pasaran apabila melaporkan peningkatan bekalan minyak sebanyak 2.9 juta tong, jauh daripada ramalan penganalisis yang melihat penurunan sebanyak 1.3 juta tong.

Namun begitu, angka rasmi daripada EIA kebiasaannya berbeza berbanding bacaan yang dikeluarkan oleh API. Bekalan minyak pada minggu lepas dijangka susut sebanyak 1.279 juta tong pada minggu lepas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: