Harga Brent Lepasi AS$86 Setong Buat Pertama Kali Sejak 2018

Harga Brent Lepasi AS$86 Setong Buat Pertama Kali Sejak 2018

Harga minyak Brent mencapai paras tertinggi tiga tahun, melepasi $86 setong pada hari Khamis sebelum berundur berikutan pengambilan keutungan oleh se

Harga minyak Brent mencapai paras tertinggi tiga tahun, melepasi $86 setong pada hari Khamis sebelum berundur berikutan pengambilan keutungan oleh sebahagian pelabur.

Antara yang mendorong peningkatan tersebut adalah laporan bekalan rasmi oleh EIA semalam yang menunjukkan simpanan semakin merosot, jatuh ke paras terendah tiga tahun.

Kontrak minyak Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa mencapai harga $86.10 setong, paras tertinggi sejak Oktober 2018 sebelum berundur ke paras $84.85 pada sesi Eropah manakala WTI pula susut 60 sen atau 0.70% kepada $82.85 setong.

“Kami melihat beberapa pembetulan, tetapi sentimen keseluruhannya masih teguh kerana tiada penambahan output yang besar oleh Amerika Syarikat atau OPEC,” kata Satoru Yoshida, penganalisis komoditi dari Rakuten Securities.

Harga minyak Brent telah meningkat lebih dari 60% pada tahun ini, disokong oleh peningkatan bekalan yang perlahan oleh OPEC dan sekutunya termasuk krisis arang batu dan gas dunia.

Krisis arang batu ini telah menyebabkan peralihan kepada penggunaan minyak bagi penjanaan tenaga juga menjadi faktor utama

Namun kejatuhan harga arang batu dan gas asli juga menekan harga minyak. Di China, arang batu jatuh 11% pada hari ini, melanjutkan kerugiannya pada minggu ini sejak Beijing memberi isyarat akan campur tangan bagi meredakan pasaran.

Bagaimanapun, sebahagian penganalisis melihat minyak akan terus meningkat berikutan OPEC+ dijangka akan terus berpegang kepada perjanjian untuk menambah output secara beransur-ansur.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: