Harga Emas Bergerak Perlahan, Data Ekonomi Amerika Syarikat Terus Diberi Perhatian.

Harga Emas Bergerak Perlahan, Data Ekonomi Amerika Syarikat Terus Diberi Perhatian.

Isnin, harga emas dilihat tidak banyak berubah pada awal dagangan sesi pagi Asia walaupun matawang Amerika Syarikat diniagakan lemah selepas kemerosot

Isnin, harga emas dilihat tidak banyak berubah pada awal dagangan sesi pagi Asia walaupun matawang Amerika Syarikat diniagakan lemah selepas kemerosotan dari hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat.

Pada jam 0102ET ( 0502GMT ) Niagaan hadapan Emas untuk penghantaran Jun di Comex New York Mercantile Exchange mencatatkan penurunan 0.02% atau 0.3 sen untuk didagangkan pada harga $ 1320.2 per troy auns .

Pada masa sama indeks dollar Amerika Syarikat yang membandingkan mata wang dollar dengan enam ( 6 ) matawang utama dunia didagangkan pada 92.28 mencatatkan penurunan 0.17% . indeks dollar mencecah paras tertinggi pada dagangan rabu minggu lepas dengan catatan 93.22 sebelum kehilangan momentum dan ditutup pada penurunan dan mencatatkan 92.00 pada awal dagangan hari isnin.

Walaubagaimana pun para pelabur masih yakin bahawa indeks tersebut akan meneruskan proses pendakian yang dimulakan pada pertengah April .

Bagi membendung kenaikkan kadar untuk dinaikkan sebanyak empat ( 4 ) kali pada tahun ini, kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan data inflasi kepengunaan yang kurang dari dijangkakan oleh para pelabur pada hari jumaat. Dan data perbendaharaan 10tahun Amerika Syarikat juga mencatatkan penurunan kepada 2.96% ,Sekaligus menyebabkan dollar Amerika Syarikat lemah.

Pada minggu ini pelabur dijangkan akan memberi perhatian kepada data jualan runcut Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari selasa dan KNDK Jepun yang akan dikeluarkan pada hari Rabu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: