Harga Emas Dijangka Naik Menuju AS$ 2,200/oz Pada Q1 2021 – UOB Group

Harga Emas Dijangka Naik Menuju AS$ 2,200/oz Pada Q1 2021 – UOB Group

Ahli Strategi UOB Group pada hari ini mengekalkan unjuran positif terhadap pasaran emas berikutan kadar faedah yang rendah dijangka akan bertahan leb

Ahli Strategi UOB Group pada hari ini mengekalkan unjuran positif terhadap pasaran emas berikutan kadar faedah yang rendah dijangka akan bertahan lebih lama.

Mereka menyebutkan pasaran emas telah membentuk peningkatkan yang kukuh sejak bulan yang lalu dan telah menjangkaui jangkaan ‘long term’ suku tahunan yang diumumkan dahulu.

“Dengan peningkatan terbaru, harga emas telah memecahkan puncak tertinggi September 2011 (AS$1,920).

Berdasarkan outlook teknikal, kami mendapati bahawa momentum menaik adalah kuat dan AS$2,000/oz kini menjadi tumpuan”, jelas mereka.

Secara fundamental, emas masih mendapat dorongan positif dari pelbagai arah terutamanya dari pelonggaran besar-besaran dasar kewangan bank pusat.

Namun begitu, UOB mengatakan posisi ‘long’ dalam pasaran emas kini menjadi terlalu banyak dengan ETF (exchange traded fund) terus mencatat rekod tertinggi yang baru.

“Oleh itu, ketika ini terdapat peningkatan unsur spekulatif pada pergerakan emas dengan perubahan swing intraday yang besar kerana para pelabur sedang memposisikan dagangan emas mereka di atas harga AS$2,000/oz”, tambah UOB.

Berdasarkan senario di atas, UOB mengambil peluang tersebut untuk menaikkan unjuran emas mereka kepada AS$ 2,000/oz bagi 3Q20, AS$ 2,100/oz bagi 4Q20 dan AS$ 2,200/oz untuk 1Q21 dan 2Q21.

Namun begitu, dengan posisi dagangan yang terlalu banyak, UOB memperingatkan bahawa harga emas berkemungkinan telah mencapai tahap terbaik untuk menarik keuntungan terutamanya jika bank pusat kembali hawkish atau pasaran kewangan mengalami kekurangan kecairan USD sebagaimana yang berlaku pada bulan Mac yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: