Harga Emas Jatuh, Permintaan Dollar Meningkat Menjelang Mesyuarat FOMC Terakhir 2018

Harga Emas Jatuh, Permintaan Dollar Meningkat Menjelang Mesyuarat FOMC Terakhir 2018

Harga emas jatuh pada hari Jumaat, berikutan permintaan dollar semakin meningkat menjelang keputusan kadar faedah Fed minggu hadapan. Pasaran niaga

Harga emas jatuh pada hari Jumaat, berikutan permintaan dollar semakin meningkat menjelang keputusan kadar faedah Fed minggu hadapan.

Pasaran niaga hadapan emas bagi bulan Februari di Comex NYMEX jatuh 0.7% atau $8.90 kepada $1,238.65 per auns setakat jam 10 malam.

Fed dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terakhir tahun 2018 yang akan bermula 20 Disember hadapan.

Peningkatan dollar dengan dorongan rate hike keempat yang akan diumumkan minggu hadapan dijangka tidak dapat bertahan lama berikutan Fed berkemungkinan memerlahankan kitaran rate hike mereka pada tahun 2019.

Data inflasi yang bercampur dengan komen dovish daripada ahli FOMC telah menyebabkan kesamaran pada jumlah rate hike yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain terus mara ke paras 97.69, naik 0.64%

Peningkatan kadar faedah dan hasil bon AS yang tinggi kebiasaannya memberi impak bearish kepada emas yang tidak mempunyai sebarang pulangan faedah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: