Harga Emas Kekal Di Paras Tertinggi 8-Bulan Menjelang Keputusan FOMC

Harga Emas Kekal Di Paras Tertinggi 8-Bulan Menjelang Keputusan FOMC

Harga emas kekal di paras terbaik pada hari Rabu menjelang keputusan penting polisi monetari Federal Reserva pada jam 3 pagi. Futures emas di Come

Harga emas kekal di paras terbaik pada hari Rabu menjelang keputusan penting polisi monetari Federal Reserva pada jam 3 pagi.

Futures emas di Comex NYMEX berjaya melonjak ke paras $1,314.55 sebelum berundur dan didagang sekitar $1,310.50, naik $1.60 setakat jam 12.45 tengah malam.

Pengerusi Fed Jerome Powell akan mengadakan sidang media 30 minit selepas Fed mengeluarkan kenyataan dasar mereka.

Isu yang menjadi perhatian pelabur adalah sejauh mana bank pusat akan mengekalkan pendirian dovish mereka sebelum menaikkan semula kos pinjaman pada masa hadapan.

Kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS semakin berkurang selepas laporan ADP menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sektor swasta mengukuh pada bulan Januari, mengekalkan trend positif selepas mencatat rekod terbaik dalam tempoh tiga tahun pada bulan Disember lalu.

Fed dijangka mengekalan kadar faedah pada pertemuan kali ini dan ahli FOMC sebelum ini telah mengisyaratkan dua kali rate hike pada 2019, namun hal ini mungkin tertunda lebih lama kerana risiko ekonomi AS yang semakin meningkat.

Selain itu, pasaran juga akan meneliti lebih banyak maklumat apakah Fed semakin hampir menyelaraskan penyata imbangan mereka ke paras yang normal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: