Harga Emas Melonjak Selepas Dolar AS melemah, Tarif Baru Import Logam Terus Diberikan Perhatian.

Harga Emas Melonjak Selepas Dolar AS melemah, Tarif Baru Import Logam Terus Diberikan Perhatian.

Selasa, Harga emas melonjak dari paras terendah semalam selepas Dolar AS terus melemah selepas perang dagangan global yang berlaku selepas Trump melan

Selasa, Harga emas melonjak dari paras terendah semalam selepas Dolar AS terus melemah selepas perang dagangan global yang berlaku selepas Trump melancarkan rancangan untuk meningkatkan tarif untuk logam dan aluminium kurang mendapat perhatian juga pasaran yang tertumpu kearah pilihan raya Itali.

Nigaan hadapan Comex meningkat 0.20% didagangankan pada harga 1.322.5 per troy auns pada 0240 ET ( 0640GMT )

Pelabur mengambil langkah berhati-hati apabila Presiden A.S., Donald Trump, menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk menarik balik daripada tarif keluli dan aluminium yang dicadangkan.

Tarif yang diumumkan minggu lalu, telah mencetuskan kebimbangan mengenai potensi perang perdagangan, yang akan memberi impak negatif kepada ekonomi A.S.

Indeks dolar AS yang membandingkan kekuata dolar berbanding 6 matawang utama dunia lain dilihat sedikit berubah dengan catatan 89.97.

Harga pasaran emas sangat bertindak balas pada kadar AS dan dolar dengan dolar yang lemah akan menjadikan ia lebih murah untuk pemegang matawang asing , manakala kenaikan kadar AS pula akan meningkatkan kos untuk pemegang asset seperti bullion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: