Harga Emas Mendaki Melebihi Paras Tertinggi Tujuh Tahun Lalu Pada Hari Jumaat

Harga Emas Mendaki Melebihi Paras Tertinggi Tujuh Tahun Lalu Pada Hari Jumaat

Pasaran emas pada sesi Asia yang lalu meneruskan peningkatan melebihi paras tertinggi 7-tahun berikutan kebimbangan terhadap isu merebaknya wabak cor

Pasaran emas pada sesi Asia yang lalu meneruskan peningkatan melebihi paras tertinggi 7-tahun berikutan kebimbangan terhadap isu merebaknya wabak coronavirus di luar negara China.

Sehingga jam 3.40 petang, kontrak emas bagi bulan April di Comex NYMEX naik 1.00% atau $16 ke paras $1,636.45 per auns.

Permintaan aset safe haven mengukuh pada minggu ini selepas China mengumumkan program ransangan dasar yang baru dengan menurunkan kadar faedah pinjama pada hari Rabu yang lalu bagi menangani impak virus ke atas ekonomi.

Korea Selatan pula melaporkan 52 kes jangkitan virus yang baru pada hari ini, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 156 kes.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia Tedros Adhanom Ghebreyesus meambahkan keresahan apabila mengatakan bahawa coronavirus ini berpotensi menjadi wabak global pada bila-bila masa.

“Angka kes di seluruh dunia adalah kecil berbanding China, namun ianya berkemungkinan tidak akan kekal untuk tempoh yang lebih lama”, jelas Tedros.

Tedros juga mengesahkan jumlah jangkitan di China telah mencapai 74,675 kes dengan 2,121 kematian manakala di luar China 1,076 kes jangkitan disahkan di dalam 26 buah negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: