Harga Emas Meningkat Susulan Cadangan Penambahan Cukai Oleh Biden

Harga Emas Meningkat Susulan Cadangan Penambahan Cukai Oleh Biden

Emas naik pada sesi pasaran Asia yang lalu, dan dijangka mengekalkan peningkatan tiga minggu berturut-turut berikutan kelemahan dolar dan kejatuhan h

Emas naik pada sesi pasaran Asia yang lalu, dan dijangka mengekalkan peningkatan tiga minggu berturut-turut berikutan kelemahan dolar dan kejatuhan hasil bon AS.

Sehingga jam 3 petang, spot emas (XAU/USD) didagang sekitar $1,784.32 per auns sementara kontrak emas pula berada pada paras $1,785.14 per auns.

Hasil bon 10-tahun AS jatuh akibat kebimbangan pelabur terhadap laporan yang menyebutkan bahawa Presiden AS Joe Biden akan menggandakan cukai ke atas keuntungan modal kepada 39.6% bagi mereka yang berpendapatan lebih dari $ 1 juta setahun.

Hasil kutipan tersebut akan digunakan bagi membiayai kira-kira AS$1 trilion dalam penjagaan anak, pendidikan pra-tadika sejagat dan cuti bergaji untuk pekerja.

Mengikuti perkembangan bank-bank pusat dunia, Presiden ECB Christine Lagarde selepas keputusan dasar semalam telah memberi amaran bahawa jangkaan untuk mengecilkan pembelian bon adalah terlalu awal.

Pengerusi Fed Jerome Powell pula dijangka akan mengulangi mesej yang sama pada mesyarat dasar bank pusat AS minggu hadapan.

Memetik laporan Reuters, Timbalan Gabenornya Bank Pusat Uzbekistan Behzod Khamraev berkata mereka tidak akan menjual emas sehingga harga benar-benar meningkat.

Di Switzerland, data kastam mereka menunjukkan eksport emas bagi bulan Mac telah mencecah paras tertinggi 10 bulan yang lalu, didorong oleh jumlah penghantaran tertinggi ke India sejak 2013.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: