Harga Emas Menurun Walaupun Pasaran Meragui Kemajuan Rundingan Perdagangan AS-China

Harga Emas Menurun Walaupun Pasaran Meragui Kemajuan Rundingan Perdagangan AS-China

Harga bagi safe haven emas menyusut pada hari Khamis walaupun pasaran meragui kemajuan rundingan perjanjian fasa pertama AS dan China. Kontrak fut

Harga bagi safe haven emas menyusut pada hari Khamis walaupun pasaran meragui kemajuan rundingan perjanjian fasa pertama AS dan China.

Kontrak futures emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh 0.4% atau lebih $5.50 kepada $1,468.65 per auns setakat jam 6.45 petang.

Menurut Bloomberg, Presiden Trump dijangka akan menandatangani satu rang undang-undang baru yang akan memberi sokongan kepada para penunjuk perasaan di Hong Kong.

Reuters pula melaporkan bahawa kedua-dua kuasa besar berkemungkinan tidak akan mencapai kesepakatan pada isu perdagangan tahun ini.

Jurucakap kementerian luar negari China membidas keputusan AS di atas dan mendakwa ianya merupakan bentuk gangguan secara terang-terangan ke atas urusan dalaman negara dan mengancam AS dengan akibat yang buruk jika tetap dengan pendirian tersebut.

Trump di dalam dilema berikutan menandatangani bill yang baru ini akan menganggu kelancaran untuk mengikat perjanjian perdagangan fasa pertama selepas terpaksa ditangguhkan kerana pembatalan persidangan APEC di Chile.

Minit FOMC pada bulan Oktober pula menujukkan bank pusat akan kekal dengan dasar semasa selagi data-data yang terbaru tidak menjejaskan penilian semual pada outlook ekonomi.

Namun begitu, peningkatan risiko-risiko yang menyelubungi outlook seperti menurunnya pelaburan perniagaan dan hasilo eksport telah mendorong Fed untuk memotong kadar faedah pada bulan Oktober yang lalu sebagai bentuk ‘insurance cut’ dan menyelamatkan ekonomi daripada kelembapan pertumbuhan global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: