Di permulaan pasaran London, harga besi kuning jatuh ke paras terendah harian 1324.22 per auns (XM mt4) berikutan momentum kekuatan Dolar Amerika meny
Di permulaan pasaran London, harga besi kuning jatuh ke paras terendah harian 1324.22 per auns (XM mt4) berikutan momentum kekuatan Dolar Amerika menyebabkan besi kuning kurang menarik untuk diteruskan belianya.
Indeks US Dolar yang digunakan untuk menyukat kekuatan Dolar Amerika berbanding 6 mata wang utama menokok 0.25% ke paras 97.30, meningkat daripada 96.00. 97.30 merupakan paras tertinggi sejak Mac 10. Dolar yang lebih kuat biasanya memberikan tekanan pada harga Emas dan Aset-aset Safe Heaven.
Laporan demi laporan ekonomi yang positif daripada negara Uncle Sam seperti Indeks Pembuatan ISM, Data Jualan Runcit Jun juga Data Pekerjaan bulan ini dilaporkan lebih baik daripada jangkaan pakar lalu sedikit menggambarkan ekonomi US yang lebih baik. Data-data ini mencadangkan pertumbuhan ekonomi semasa US mungkin telah sedikit lebih baik pada sukuan kedua kalendar ekonomi
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS