Harga Emas Merosot Dengan Penurunan Angka Tuntutan Insurans Pengangguran Di AS

Harga Emas Merosot Dengan Penurunan Angka Tuntutan Insurans Pengangguran Di AS

Harga emas menurun pada hari Khamis lalu, memadam sedikit keuntungan mereka berikutan penurunan angka tuntutan insurans pengangguran AS yang berperin

Harga emas menurun pada hari Khamis lalu, memadam sedikit keuntungan mereka berikutan penurunan angka tuntutan insurans pengangguran AS yang berperingkat mengisyaratkan pemulihan ekonomi dan berpotensi mengalih perhatian pelabur daripada aset safe haven kepada aset berisiko.

Futures emas bagi bulan Ogos di NYMEX Comex susut 0.3% kepada $1,730.70 sementara spot emas (XAU/USD) pula didagang sekitar $1,723.58 per auns, jatuh 0.2%

Sejumlah 1.5 juta rakyat Amerika mengisi permohonan insurans pengangguran buat pertama kali pada minggu lalu.

Angka tersebut menjadi jumlah tuntutan insurans pengangguran mingguan sejak awal krisis Covid-19 yang lalu mencecah hampir 46 juta permohonan, namun bacaan pada minggu lalu, 34,000 kurang berbanding minggu sebelumnya.

Sebahagian penganalisis melihat gambaran ekonomi secara keseluruhannya bergerak ke arah yang benar namun pasaran buruh masih lemah.

Penganalisis daripada TD Securities mengatakan walaupun emas gagal melepasi resistance $1,750 pada minggu ini, namun jelas harga masih berada berhampiran julat tertinggi beberapa tahun lalu.

“Dalam konteks ini, normalisasi pertumbuhan yang berterusan harus disambut oleh pelabur emas kerana pembalikan aliran safe-haven harus diimbangi oleh permintaan pelaburan, dengan kadar sebenar ditekan secara signifikan,” kata broker Kanada di atas dalam sebuah catatan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: