Harga Emas Merosot Di Awal Dagangan, Perang Dagangan Terus Menjadi Tumpuan.

Harga Emas Merosot Di Awal Dagangan, Perang Dagangan Terus Menjadi Tumpuan.

Rabu, harga emas dunia mengalami penurunan pada sesi awal dagangan hari ini selepas dolar Amerika dilihat menguat dan ketegangan perang dagangan berte

Rabu, harga emas dunia mengalami penurunan pada sesi awal dagangan hari ini selepas dolar Amerika dilihat menguat dan ketegangan perang dagangan berterusan.

Niagaan hadapan emas Comex untuk penghantaran Disember mencatatkan penurunan 0.17% untuk didagangkan pada harga 1200.10 per troy auns pada jam 0454 ET ( 0854 GMT )

Para pelabur dilihat menumpukan perhatian terhadap perkembangan perang dagangan di antara Amerika Syarikat dan China.  selepas pada hari Jumaat yang lalu Presiden Amerika Syarikat , mengancam untuk mengenakan tarif baru keatas hampir semua import China yang bernilai hampir $467 bilion .

China merancang untuk meminta kebenaran WTO untuk mengenakan sekatan keatas Amerika Syarikat pada mesyuarat yang bakal berlansung pada minggu hadapan. Pegawai-pegawai China menyatakan bahawa mereka akan membalas setiap tindakan perdagangan yang dibuat oleh Washington.

Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang berterusan terus memacu pelabur untuk membeli dolar sekaligus menurunkan harga emas selepas yakin dengan peluang Amerika Syarikat dilihat lebih tinggi untuk menguasai perang dagangan tersebut.

Harapan untuk FED meningkatkan kadar pada bulan September turut memberi kekuatan kepada dolar Amerika Syarikat terus menguat. Indeks dolar yang membandingkan dolar dengan enam ( 6 ) matawang utama lain meningkat 0.11% untuk berada pada paras 95.15

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: