Harga Emas Merosot, Pasaran Semakin Optimis Dengan Kemajuan Rundingan Pakej Bantuan AS  Terbaru

Harga Emas Merosot, Pasaran Semakin Optimis Dengan Kemajuan Rundingan Pakej Bantuan AS Terbaru

Emas meneruskan kejatuhan dengan isyarat positif daripada hasil perbincangan pakej ransangan AS yang baru. Harga emas spot (XAU/USD) susut 0.2% ke

Emas meneruskan kejatuhan dengan isyarat positif daripada hasil perbincangan pakej ransangan AS yang baru.

Harga emas spot (XAU/USD) susut 0.2% kepada $1,900 per auns setakat jam 2.25 petang.

Speaker dewan, Nancy Peloci dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin kini sedang merapatkan jurang perbezaan mereka terhadap isu bantuan terbaru ini, jelas jurucakap Peloci semalam.

Pasaran niaga hadapan ekuiti melonjak sementara dolar stabil berikutan optimis terhadap kemajuan pakej terbaru tersebut telah memulihkan keingingan risiko pasaran.

Pasaran emas pula terus bertahan dalam julat yang kecil sepanjang Oktober, dipandu oleh rundingan pakej bantuan di Washington, musim pilihan raya AS dan ketidaktentuan untuk ekonomi dunia pulih daripada krisis Covid-19.

“Pelabur instrumen jangka panjang telah mengubah tumpuan mereka kepada kesan hasil pilihanraya buulan November ke atas pakej ransangan.

“Kemenangan parti Demokratik dilihat akan mengukuhkan sentimen emas dengan pakej bantuan yang lebih besar”, tulis Phillip Futures Pte. dalam nota emailnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: