Harga Emas Naik $10, Ke Paras Tertinggi 4 Bulan Lalu

Harga Emas Naik $10, Ke Paras Tertinggi 4 Bulan Lalu

Harga emas mendaki ke paras tertinggi empat bulan lalu pada hari Jumaat, didorong oleh sentimen greenback yang semakin lemah selepas data ekonomi utam

Harga emas mendaki ke paras tertinggi empat bulan lalu pada hari Jumaat, didorong oleh sentimen greenback yang semakin lemah selepas data ekonomi utama AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat dan juga menjelang laporan jualan runcit dan inflasi harga pengguna malam ini.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMEX naik 0.73% atau $9.60 kepada $1,332 per auns setakat jam 8.25 malam. Paras ini merupakan harga tertinggi sejak September lalu.

Greenback ditekan selepas laporan tuntuan pengangguran oleh Jabatan Buruh pada hari Khamis naik 261 ribu, melebihi jangkaan yang melihat tuntuan sekitar 246 ribu.

Pada laporan yang lain pula, indeks harga pengeluar (PPI) teras bergerak lebih perlahan pada bulan lepas, susut kepada 0.1% lebih rendah berbanding ramalan 0.2%

Walau bagaimanapun, permintaan dolar sedikit meningkat pada sesi Asia hari ini berikutan badan penyelia pertukaran matawang asing China menafikan bahawa Beijing akan mengurangkan pembelian aset kewangan AS. China merupakan salah satu negara asing yang memegang sebahagian besar hutang kerajaan AS selepas Jepun.

Namun laporan tersebut tidak berjaya mengalihlkan perhatian pelabur terhadap keadaan inflasi Amerika yang kekal di bawah sasaran 2% bank pusat.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.58% kepada 91.13, jatuh daripada paras tertinggi 92.30 hari ini.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Nilai USD yang rendah memudahkan pemilik matwang asing yang lain untuk membeli emas pada harga yang lebih rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: