Harga Emas Pulih Daripada Penyusutan Lebih $30 Berikutan Pasaran Telah Menghadam Risiko Terbaru Isu Perdagangan

Harga Emas Pulih Daripada Penyusutan Lebih $30 Berikutan Pasaran Telah Menghadam Risiko Terbaru Isu Perdagangan

Harga emas pulih pada hari Rabu selepas jatuh melebihi $30 atau 2% pada sesi yang lalu berikutan pelabur emas telah menghadam risiko yang terhasil d

Harga emas pulih pada hari Rabu selepas jatuh melebihi $30 atau 2% pada sesi yang lalu berikutan pelabur emas telah menghadam risiko yang terhasil daripada perkembangan terkini isu konflik perdagangan AS dan China.

Sehingga jam 6.50 petang, kontrak emas di Comex NYMEX naik 0.21% atau $5.95 kepada $1,489.65 per ounce.

Beberapa media pada minggu ini melaporkan bahawa AS dan China semakin hampir untuk menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama mereka selepas pihak pentadbiran Trump dilaporkan bersedia untuk menghapuskan tarif ke atas import China bernilai $100 billion yang dikenakan pada bulan September lalu.

Selain itu, data PMI perkhidmatan AS hasil tinjauan ISM yang lebih baik pada bulan Oktober turut mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap isu kelembapan ekonomi global.

Sentimen pelabur yang semakin baik menjadi faktor utama menekan harga emas pada ini, namun kejatuhan terhad berikutan keputusan dasar Fed yang lebih neutral.

Fed pada mesyuarat yang terbaru menyatakan bahawa mereka tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga berlakunya perubahan signifikan pada inflasi dan ahli ekonomi melihat senario tersebut tidak akan berlaku sekurang-kurangnya beberapa tahun kehadapan, sekali gus menjadi pendorong kepada bullish emas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: