Harga Emas Stabil Di Paras Tertinggi 3 Bulan lalu

Harga Emas Stabil Di Paras Tertinggi 3 Bulan lalu

Harga emas kekal stabil berdekatan paras tertinggi tiga bulan lalu pada hari Rabu walaupun USD dalam proses pemulihan menjelang minit mesyuarat dasar

Harga emas kekal stabil berdekatan paras tertinggi tiga bulan lalu pada hari Rabu walaupun USD dalam proses pemulihan menjelang minit mesyuarat dasar kewangan Fed bulan Disember yang bakal dikeluarkan jam 3.00 pagi esok dan PMI Pembuatan ISM pada jam 11 malam ini.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMEX didagang pada $1,317.20 pada jam 9.30 malam, naik $1.00 menghampiri puncak tertinggi 3 bulan lalu.

Para pelabur akan meneliti pandangan pembuat dasar Federal Reserve berkenaan inflasi dan pertumbuhan ekonomi menerusi laporan minit mesyuarat Fed awal pagi esok.

Indeks USD melemah pada tahun 2017 berikutan momentum ekonomi global yang mengukuh didorong oleh jangkaan pengetatan dasar kewangan oleh kebanyakkan negara maju yang akan mengurangkan jurang perbezaan antara Federal Reserve dan bank-bank pusat yang lain.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.21% kepada 91.75, keluar daripada paras terendah empat bulan lalu.

Pergerakan emas sensitif dengan perbuahan greenback. Dollar yang mengukuh menjadikan emas sukar dimilik oleh pemegang matawang asing yang lain berikutan harga yang tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: