Harga Minyak Brent Dijangka Naik Mencecah AS$50 Per Barel Pada H2 2021 – Morgan Stanley

Harga Minyak Brent Dijangka Naik Mencecah AS$50 Per Barel Pada H2 2021 – Morgan Stanley

Bank Morgan Stanley dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka menjangkakan harga minyak mentah Brent akan mendaki ke paras AS$50 setong pada perteng

Bank Morgan Stanley dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka menjangkakan harga minyak mentah Brent akan mendaki ke paras AS$50 setong pada pertengahan tahun kedua 2021, dipandu oleh kelemahan USD dan inflasi yang tinggi.

“Pengembangan agregat monetari yang tidak terduga telah melemahkan dolar AS dan memberi tekanan ke atas jangkaan inflasi,” kata bank tersebut.

Morgan Stanley juga menaikkan unjuran harga bagi WTI kepada AS$ 47.50 setong untuk suku ketiga 2021.

Mereka juga melihat kekurangan bekalan yang stabil sepanjang tahun 2021 dan menjangkakan sebahagian besar inventori akan kembali normal pada akhir tahun seiring dengan pemulihan ekonomi global.

“Kami telah melanjutkan jangkaan kami terhadap lintasan garisan permintaan ke tahap pra-Covid-19, dari akhir 2021 kepada pertengahan 2022, namun ianya tetap menunjukkan pemulihan,” tambah Morgan Stanley.

Walau bagaimanapun, mereka tetap memperingatkan bahawa fundamental jangka pendek bagi pasaran minyak masih lemah dengan pemulihan permintaan yang meragukan, isu lebihan bekalan, baki kapasiti simpanan yang kecil dan margin penapisan yang rendah.

Kedua-dua penanda aras minyak utama WTI dan Brent kini didagang sekitar paras terendah tiga bulan yang lalu, dipandu oleh lonjakan kes penularan wabak yang baru yang mana dilihat mengancam kelancaran proses pemulihan ekonomi global dan berpotensi menganggu permintaan bahan bakar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: