Harga Minyak Dijangkakan Lebih Murah Untuk Bulan Feb 2017

Harga Minyak Dijangkakan Lebih Murah Untuk Bulan Feb 2017

OPEC dan beberapa buah negara bukan OPEC yang lain di dalam usaha mereka untuk mencapai sasaran pemotongan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari k

OPEC dan beberapa buah negara bukan OPEC yang lain di dalam usaha mereka untuk mencapai sasaran pemotongan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari kini telah berjaya memotong pengeluaran hampir melebihi 80% dari jumlah sasaran mereka.

Namun, apa yang sehingga sekarang mengahalang daripada harga minyak meneruskan momentum kenaikan harga adalah disebabkan oleh peningkatan pengeluaran oleh negara Libya yang diberi pengecualian oleh OPEC dan juga Amerika Syarikat.

Minggu lepas data terbitan EIA menunjukkan pengeluaran minyak di AS meningkat ke paras tertinggi sejak April sekitar 8.9 juta tong sehari dengan jumlah inventori juga meningkat sebanyak lebih kurang 3 juta tong menyebabkan harga minyak menjadi tidak tentu di dalam pasaran, tapi masih berada di atas paras $50 setong.

Arahan eksekutif Trump yang menghalang 7 warganegara dan individu-individu daripada syarikat minyak sedikit sebanyak menjejaskan industri minyak samada yang bekerja di Amerika atau di negara-negara terlibat. Trump dalam kenyataan beliau sebelum ini, sememangnya mahu industri minyak AS terus berdaya saing tanpa menghiraukan pasaran minyak yang semakin jatuh.

Untuk Malaysia pula, kenaikan Dollar yang kelihatan sedikit “berehat’ ketika ini dan harga minyak yang stabil di atas $50 mungkin adalah khabar berita yang baik untuk semua.

Harga purata minyak yang telah diproses sepanjang bulan Jan 2017, adalah sekitar $58.8 setong. Dan jika dikira mengikut kaedah sistem apungan APM, harga minyak RON95 dan 97 di pam bagi bulan Feb tidak akan mengalami kenaikan malah mungkin akan berkurangan sebanyak 10-15sen seliter

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: