Harga Minyak Dunia Bakal Pulih? Russia Mahu Henti Pengeluaran Minyak

Harga Minyak Dunia Bakal Pulih? Russia Mahu Henti Pengeluaran Minyak

Semalam, Arab Saudi dan Russia dalam kenyataan secara tidak rasmi telah bersetuju untuk menghadkan pengeluaran minyak mereka untuk menangani masalah k

Semalam, Arab Saudi dan Russia dalam kenyataan secara tidak rasmi telah bersetuju untuk menghadkan pengeluaran minyak mereka untuk menangani masalah kejatuhan harga minyak ketika ini. Putin yang tampak lebih agresif dengan yakin menyuarakan kesanggupan mereka untuk memberhentikan terus pengeluaran minyak.

Mesyuarat OPEC yang akan datang adalah pada 30 November nanti, dimana menjelang mesyuarat itu nanti, pasaran minyak akan dijangka terus menaik keparas harga $55-60 setong.

Namun, dikalangan negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Libya, Nigeria dan Iraq, ‘output’ mereka masih lagi tinggi dan ini memungkinkan kesukaran untuk mengimbangi semula harga pasaran minyak dunia walaupun dengan ahli-ahli OPEC bersetuju untuk pemotongan had pengeluaran pada November nanti.

Dari sudut teknikalnya, harga $51.60 untuk WTI/Oil Nov 16 dan $53 untuk Brent haruslah ditembusi jika mahu kemungkinan untuk mencapai sasaran $55-60 menjelang akhir Oktober nanti. Baca juga ulasan saya tentang ‘outlook’ harga pasaran minyak sepanjang Oktober di sini : https://www.ctc.fm/harga-minyak-mencapai-sasaran-awal-apa-pula-selepas-ini/

Jangkaan saya, belian mungkin akan berlaku di paras ‘deep’ sekitar $50.51 iaitu previous resistance terdekat. ‘sell option’ mungkin bukan satu pilihan yang sesuai diketika ini, namun jika faham dengan risikonya dan diuruskan dengan baik, ianya tidak mustahil juga.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: