Harga Minyak Dunia Jatuh : Harga Baharu Petrol & Diesel Malaysia Bermula Tengah Malam Ini

Harga Minyak Dunia Jatuh : Harga Baharu Petrol & Diesel Malaysia Bermula Tengah Malam Ini

Harga minyak dunia yang terus bergelut dengan kajatuhan bermula seawal bulan Mac tahun ini menyaksikan pergerakan harga 'ranging' harian dipecahkan di

Harga minyak dunia yang terus bergelut dengan kajatuhan bermula seawal bulan Mac tahun ini menyaksikan pergerakan harga ‘ranging’ harian dipecahkan di bawah paras $50.68 (WTI) setong sehingga ke paras terendah sekitar $47 setong pada minggu yang lalu.

Mengikut laporan EIA pada minggu lalu simpanan inventori minyak AS meningkat sebanyak lebih 5 juta tong, sekaligus memberi maksud pengeluar minyak di AS masih meningkatkan pengeluaran hasil mereka ketika pada masa yang sama OPEC, Russia dan beberapa negara lain tetap komited dalam usaha pemotongan pengeluaran mereka.

Awal minggu ini, harga minyak kembali pulih sedikit ekoran daripada perkembangan yang berlaku di Libya. Jaringan paip yang mengangkut minyak mentah dari telaga minyak terbesar mereka di Sharara telah berhenti beroperasi, namun tiada siapa tahu mengapa ia terjadi. Pertelagahan puak bersenjata di Libya mengeruhkan lagi keadaan, hasil pengeluaran minyak Libya jatuh kepada 560,000 tong sehari.

Menteri-menteri OPEC akan bermesyuarat sekali lagi pada 25 Mei ini di Vienna untuk menentukan samada untuk terus dengan pemotongan pengeluaran selama 6 bulan tambahan atau sebaliknya. Kadar pematuhan pemotongan OPEC dan bukan OPEC adalah sekitar 94%.

Pada malam ini laporan mingguan EIA akan diterbitkan dengan jangkaan inventori AS sedikit menyusut. Berakhirnya tempoh penyelenggaraan penapisan dan pengurangan import dari OPEC akan lama-kelamaan mengurangkan jumlah inventori AS. Musim panas yang akan tiba nanti, bakal menambahkan permintaan pada minyak, mungkin untuk kembali ke paras sekitar $50-55 setong.

Di Malaysia pula, bermula tengah malam ini, harga baharu minyak petrol dan diesel akan diumumkan secara mingguan iaitu pada setiap hari Khamis. Kaedah yang baharu ini akan dapat memberikan pengguna harga yang lebih tepat mengikut pasaran semasa berbading harga secara bulanan sebelum ini.

Melalui kaedah pengiraan yang sama berdasarkan MOPS95, rakyat Malaysia mungkin akan menikmati penurunan minyak sebanyak 20 sen kepada RM1.10 seliter bermula tengah malam ini. Harga jualan pasaran minyak MOPS95 pada 28 Mac 2017 adalah sekitar $63.5 setong.

Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: