Harga Minyak Dunia Kembali Merudum

Harga Minyak Dunia Kembali Merudum

Harga minyak semenjak 2 minggu lepas merudum teruk setelah harga minyak mengalami kenaikan pasca perjanjian pemotongan bekalan minyak yang telah secar

Harga minyak semenjak 2 minggu lepas merudum teruk setelah harga minyak mengalami kenaikan pasca perjanjian pemotongan bekalan minyak yang telah secara ekektif dilakukan bermula Januari yang lalu. Semenjak itu harga telah berlegar-legar di antara 50-50 Dollar setong.

Namun seperti yang kita tahu, risiko yang selalu dikaitkan dalam kestabilan minyak dunia adalah bagaimana pengeluar di Amerika Syarikat dan Libya terus memberi tekanan terhadap usaha OPEC ini. Dan ini diterjemahkan dengan penurunan harga minyak di bawah paras ‘ranging’ 50$ setong dan kini berada di paras 49$ setong.

Hujung minggu ini, OPEC bersama dengan Russia akan bertemu bagi membincangkan tentang hala tuju usaha pemotongan bekalan minyak mereka ini sementara Libya akan meneruskan mengangkut minyak dalam tempoh seminggu ke 10 hari. Libya telah berjaya meningkatkan pengeluaran mereka kepada 646,000 tong sehari semenjak pelepasan daripada OPEC awal tahun ini.

Esok laporan EIA akan diterbitkan pada jam 10.30 malam untuk melihat jumlah inventori minyak di AS. Sebarang penambahan jumlah stok minyak di AS akan menekan harga minyak jatuh lebih jauh mungkin ke paras 45$ setong. Dan jika paras 45$ berjaya ditembusi, makan harga mungkin akan mencari paras psikologi iaitu 40$ setong.

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: