Harga Minyak Dunia Meningkat Baik

Harga Minyak Dunia Meningkat Baik

Sepanjang minggu lalu sehingga hari ini, harga minyak telah berjaya menempatkan diri untuk berada kekal di atas paras $50 setong lantas membuka ruang

Sepanjang minggu lalu sehingga hari ini, harga minyak telah berjaya menempatkan diri untuk berada kekal di atas paras $50 setong lantas membuka ruang lebih jelas untuk menuju ke paras $55 setong menjelang akhir April nanti.

Arab Saudi telah menyatakan kesungguhan mereka untuk meneruskan usaha untuk memotong pengeluaran minyak negara-negara OPEC bersama dengan Russia dan beberapa negara pengeluar minyak yang lain untuk tempoh 6 bulan lagi selepas perjanjian semasa berakhir pada Jun nanti. Masing-masing belum mempunyai keputusan akhir berkenaan ini, namun dijangkakan mereka akan membuat keputusan pada perjumpaan OPEC di Vienna pada 25 May nanti.

Di Libya pula, lombong operasi terbesar mereka, Sharara kembali ditutup setelah seminggu ianya dibuka semula. Pengeluaran minyak Libya jatuh kepada 490,000 tong daripada 703,000 tong sehari iaitu sebanyak 30% penurunan dan itu menjadikan ia adalah rekod terendah di dalam tempoh 6 bulan.

Stok simpanan minyak AS juga dijangkakan akan mengalami sedikit penurunan apabila permintaan dijangkakan mula meningkat bermula April. Laporan mingguan EIA akan diterbitkan pada malam ini, sekitar jam 10.30 malam. Harga dijangkakan akan menuju ke paras $55 untuk WTI dan mungkin sehingga ke paras $57 setong.

Untuk harga RON95 dan RON 97 di Malaysia pula, kemungkinan akan berlaku kenaikan sebanyak 8-9 sen seliter menjadikan harga runcit di pam adalah sekitar RM2.24-2.25 seliter untuk RON95 dan RM2.51-2.52 untuk RON97.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: