Harga Minyak Jatuh 7 Minggu Berturut-turut, Apakah Yang Dapat Menghentikannya?

Harga Minyak Jatuh 7 Minggu Berturut-turut, Apakah Yang Dapat Menghentikannya?

Harga minyak sedikit pulih daripada paras terendah tiga tahun lalu yang jatuh akibat kebimbangan pelabur terhadap permintaan yang lemah dan bekalan ya

Harga minyak sedikit pulih daripada paras terendah tiga tahun lalu yang jatuh akibat kebimbangan pelabur terhadap permintaan yang lemah dan bekalan yang semakin meningkat.

Pasaran niaga hadapan minyak WTI naik 2.57% kepada $51.70 per tong sementara minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabansa naik 2.71% kepada $60.64 per tong setakat jam 1.08 pagi.

Harga minyak telah mencatat penurunan lebih 30% daripada paras tertinggi 4 tahun lepas sejak yang dicapai pada awal Oktober yang lalu.

Selain itu, WTI merekodkan penurunan terburuk pada hari Jumaat dengan harga jatuh sebanyak 7%.

Pasaran bimbang jika kelembapan pertumbuhan ekonomi global memberi tekanan ke atas permintaan minyak dalam masa yang sama pengeluar minyak utama seperti AS, Arab Saudi dan Russia meningkatkan pengeluaran mereka.

Walaupun Powell dan ahli FOMC yang lain memberi isyarat bahawa pengetatan dasar kewangan berkemungkinan ditangguhkan sehingga melemahkan dollar dan menurunkan hasil bon AS, namun tindakan tersebut belum cukup untuk mengangkat harga minyak.

Pentadbiran Informasi Tenaga (EIA) pada melaporkan lebihan 4.9 juta tong minyak mentah AS bagi bekalan minyak dua minggu lepas, meningkat untuk 9 minggu berturut-turut.

Output minyak AS pula telah mencapai rekod tertinggi dengan pengeluaran sebanyak 11.7 juta tong sehari (bdP).

OPEC pula dilaporkan akan menaikkan jumlah pemotongan pengeluaran minyak mereka daripada 1 juta kepada 1.4 juta tong sehari dalam mesyuarat bersama Rusia dan ahli OPEC yang lain di Vienna 6 Disember hadapan.

Jangkaan yang kuat ini dilihat telah membantu pasaran membentuk zon support yang penting menjelang keputusan yang akan diumumkan 7 hari lagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: