Harga Minyak Jatuh Lebih AS$4 Berikutan Inflasi, Eksport Iraq

Harga Minyak Jatuh Lebih AS$4 Berikutan Inflasi, Eksport Iraq

Harga minyak jatuh lebih AS$3 setong pada hari ini berikutan kebimbangan terhadap isu lebihan bekalan. Hal ini kerana keadaan ekonomi global yang

Harga minyak jatuh lebih AS$3 setong pada hari ini berikutan kebimbangan terhadap isu lebihan bekalan.

Hal ini kerana keadaan ekonomi global yang disebabkan oleh inflasi dibimbangi akan melemahkan permintaan bahan api sementara eksport minyak mentah Iraq dilihat tidak terjejas dengan peperangan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi bulan Oktober jatuh AS$3.81, atau 3.5%, kepada AS$101.28 setong selepas mencecah sesi rendah AS$100.90 setong.

Kontrak Oktober tamat pada hari Rabu ini dan kontrak November yang lebih aktif kini berada pada AS$98.86 setong, turun 4% setakat jam 10.55 malam.

Minyak mentah AS West Texas Intermediate berada pada AS$92.44 setong, turun AS$4.30, atau 4.40%.

Inflasi dua digit mula membayangi kebanyakan ekonomi terbesar dunia, tahap yang tidak dilihat dalam hampir setengah abad.

Situasi ini mampu mendorong bank pusat di AS dan Eropah untuk mengambil jalan keluar menerusi kenaikan kadar faedah yang lebih agresif yang berisiko menyekat pertumbuhan ekonomi dan membebankan permintaan bahan api.

“Ekonomi akan terus kekal perlahan dengan dasar monetari Fed yang agresif. Pelabur kini menunggu data bulanan NFP pada hari Jumaat,” kata Kunal Sawhney, ketua pegawai eksekutif, Kalkine Group.

Harga minyak juga merosot selepas komen daripada pemasar milik kerajaan Iraq SOMO bahawa eksport minyak negara itu tidak terjejas oleh pergolakan, kata penganalisis UBS Giovanni Staunovo.

Selain NFP, pasaran turut menanti pertemuan OPEC dan sekutunya seperti Rusia, dikenali sebagai OPEC+, pada 5 September hadapan.

Arab Saudi minggu lalu membangkitkan kemungkinan pemotongan pengeluaran daripada OPEC+, yang mana dijangka seiring dengan peningkatan bekalan daripada Iran sekiranya ia mencapai perjanjian nuklear dengan Barat.

“Kemungkinan pengurangan dalam pengeluaran OPEC+ adalah sebab mengapa pasaran minyak telah melihat ekuiti yang lemah dan dolar yang kukuh,” kata Tamas Varga dari broker minyak PVM.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: