Harga Minyak Jatuh Pada Hari Jumaat, Menuju Kerugian Tiga Minggu Berturut-turut

Harga Minyak Jatuh Pada Hari Jumaat, Menuju Kerugian Tiga Minggu Berturut-turut

Harga minyak menyusut pada hari Jumaat dan bakal mencatat penurunan tiga minggu berturut-turut berikutan Gabenor OPEC Arab Saudi berkata pasaran berke

Harga minyak menyusut pada hari Jumaat dan bakal mencatat penurunan tiga minggu berturut-turut berikutan Gabenor OPEC Arab Saudi berkata pasaran berkemungkinan berkemungkinan berhadapan dengan lebihan bekalan pada suku tahun keempat akibat kejatuhan ekuiti global.

Sehingga jam 12.50 tengahhari, minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa telah jatuh 51 sen atau 0.66% ke paras $76.38 dan sedang menuju kerugian 4 peratus sepanjang minggu ini.

Ahli ekonomi melihat sentimen bearsih akan memaksa harga Brent menguji support terendah di zon $70 per tong.

Sementara itu, pasaran niaga hadapan minyak WTI pula susut 61 sen atau 0.91% ke paras $66.72, kehilangan 3.5% sepanjang minggu ini.

Menteri Tenaga Saudi, Khalid Al-Falih berkata pasaran mungkin memerlukan campur tangan bagi mengurangkan bekalan minyak selepas melonjak beberapa bulan kebelakangan ini.

EIA melaporkan peningkatan bekalan minyak mentah AS meningkat untuk 5 minggu berturut-turut sementara bekalan gasolin dan sulingan pula menurun.

Selain daripada lebihan bekalan minyak yang terus meningkat, kejatuhan saham turun menekan harga minyak pada minggu ini dengan Wall Street merekodkan kejatuhan harian terbesar sejak tahun 2011 yang lalu.

Pasaran kawangan dihimpit pelbagai kebimbangan termasuk perang perdagangan AS-China, peningkatan kos pinjaman dan hasil bon, isu Brexit, isu belanjawan Itali dan ketidaktentuan matawang negara membangun.

Selain itu, terdapat juga petanda menunjukkan kadar perdagangan global bergerak semakin perlahan.

Secara keseluruhan fundamental pasaran minyak masih bullish, terutamanya didorong oleh sekatan AS ke atas eksport minyak Iran yang akan bermula pada 4 November hadapan.

Tambahan pula, China juga dilihat sedang mengurangkan pembelian minyak Iran sebelum sekatan dikuatkuasakan pada bulan hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: