Harga Minyak Jatuh Walaupun OPEC+ Mungkin Lanjutkan Had Pengeluaran

Harga Minyak Jatuh Walaupun OPEC+ Mungkin Lanjutkan Had Pengeluaran

Harga minyak AS meneruskan trend kejatuhan dua hari berikutan kebimbangan terhadap lonjakan angka jangkitan sehingga membayangi laporan bahawa para p

Harga minyak AS meneruskan trend kejatuhan dua hari berikutan kebimbangan terhadap lonjakan angka jangkitan sehingga membayangi laporan bahawa para pengeluar minyak utama mungkin akan menangguhkan peningkatan output.

Futures WTI susut 1.78% kepada $40.39 setong pada hari ini, merosot daripada $43.06 yang direkodkan dua hari yang lalu.

Minyak Brent yang menjadi rujukan antarabangsa pula jatuh 1.42% kepada $42.91 setong.

Sentimen risiko semakin melemah dengan lonjakan mendadak jangkitan virus di AS sehingga mencecah rekod tertinggi dalam sejarah dua hari berturut-turut.

Memetik laporan New York Times, sekurang-kurangnya 142,755 kes jangkitan baru dilaporkan pada hari Rabu yang lalu.

Bagi menangani angka tersebut, para pelabur bimbang jika kerajaan akan mengambil langkah mengumumkan sekatan pergerakan yang lebih ketat sehingga mengakibatkan lebihan bekalan minyak yang mendadak sebagaimana yang berlaku pada bulan April lalu.

Senario ini juga dijangka akan mendorong OPEC+ menangguhkan keputusan mereka untuk meningkatkan semula pengeluaran pada 1 Januari sehingga ke suku tahun kedua 2021.

Namun jangkaan ini belum cukup menarik para pembeli, berikutan keputusan tersebut hanya akan diumumkan selepas pertemuan dua hari yang akan bermula pada 30 November.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: