Harga Minyak Kekal Bullish, Pemulihan Bekalan Minyak Di AS Perlahan Susulan Taufan Ida

Harga Minyak Kekal Bullish, Pemulihan Bekalan Minyak Di AS Perlahan Susulan Taufan Ida

Harga minyak meningkat ke paras tertinggi seminggu berikutan pasaran melihat pemulihan bekalan yang perlahan di Teluk Mexico susulan Taufan Ida yang

Harga minyak meningkat ke paras tertinggi seminggu berikutan pasaran melihat pemulihan bekalan yang perlahan di Teluk Mexico susulan Taufan Ida yang menimpa kawasan penghasilan utama minyak itu lebih dari dua minggu.

Menurut Biro Penguatkuasaan Keselamatan dan Alam Sekitar AS, taufan Ida telah menyekat hampir separuh pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico dan masih belum menunjukkan tanda pemulihan.

Unjuran permintaan minyak mentah yang semakin tinggi turut menyokong peningkatan harga tersebut.

Penganalisis ANZ dalam satu catatan berkata, “Antara hal yang membebankan, lebih banyak kilang penapisan minyak di Louisiana telah kembali beroperasi, sekali gus meningkatkan permintaan untuk minyak mentah.”

Royal Dutch Shell Plc, pengeluar minyak terbesar di Teluk Mexico AS, pada Khamis lepas telah membatalkan beberapa kargo eksport kerana kerosakan pada fasiliti luar pesisir, mengisyaratkan bahawa kekurangan bekalan tenaga akan berterusan selama beberapa minggu.

Sehingga jam 10.30 pagi, kontrak minyak WTI naik 0.85% ke paras $70.33 setong pada sesi dagangan Asia, melanjutkan peningkatan 2.3% yang direkodkan pada Jumaat yang lalu.

Kontrak minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa pula naik 0.6% kepada $73.50 setong.

Selain daripada kesan taufan Ida, perhatian pasaran pada minggu ini juga tertumpu kepada penilaian terkini OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) terhadap unjuran permintaan minyak bagi tahun 2022.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: